Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 28, 2011

Dinda sedang gering.

Dinda Myra Anne sedang gering.
dah dekat dua minggu.
first jumpa MO, dia diagnosed URTI with Pharyngitis.
but it's not getting better.
batuk tak improve pon.
jumpa MO lagi.
diagnosed baru : Hyperactive Airway with ? Bronchial Asthma.
hahahahaha...

macam-macam...<--hencik lebah cakap.

Wednesday, December 21, 2011

Kita nak pergi honeymoon bulan depan.

As Salam.

Emm..malas nak mukadimah panjang2. oh, masih ingat pasal E N T R Y ni? hee.. ok2. mana yang tak penah baca tu pegi la baca dulu. nanti korang tertanya2 pulak entry tu pasal apa. kan? hikhikhik..

Sebenarnya kan....

Aku saja nak heboh2 kat sini yang dua dari wishlist aku tu dah tercapai. walaupon la satu lagi tu tak tercapai betul2 lagi kan, tapi kira dah on the way la. heee..

Wishlist ke dua dalam entry tu.
Pegi Bandung or Bali.
Yeayy!! Bandung, wait for me. i'm flying with hencik lebah to you....hahahaahahhh. tapi bukan la honeymoon ya geng?? Akak aku Cik Puan Syikin and adik laki aku Si Eby pon ikot.. ni ekceli aku plan ngan akak tu ha..konon nak travel berdua. tapi bila pikir2 balik tak syok la pulak jalan berdua je kan? so ajak hencik lebah. kebetulan Si Eby pon nak join. ok, moh kte. hee.. flight 19-21jan depan. haishh tak sabar!

List barang nak beli:
- carik kain untuk buat baju nikah / bersanding.
- beli telekung and sejadah untuk buat hantaran.

Wee..apekah makna list2 barang tu?? okeh, saspen tak?? hahahahhh...

Tutup cerita.

Wishlist ke lima.
Nak kereta.
yeayyy!! aku dah ada WolVeRine. kenapa WolVeRine? hangpa tak nampak ke huruf2 yang aku besarkan tu?? WVR tu. haaa.. tula jawapannya. heheheee..

P/s: ehem2..boleh doakan saya untuk wishlist ketiga tu tak?? ^_^

Wednesday, December 14, 2011

Terima Kasih Awak.

Terima kasih awak..

Sebab senyum dekat saya tujuh tahun lepas.
Sebab sudi jadi kawan saya gaduh tumbuk-tumbuk perut.
Sebab selalu bising bila saya sesat jalan.
Sebab selalu buli saya bila dating.

Sebab selalu tiupkan mata saya bila masuk habuk.
Sebab selalu tampalkan plaster kat kaki saya bila melecet pakai heels.
Sebab selalu gelak bila saya cakap saya kuat.
Sebab selalu bawak saya pegi klinik bila sakit.

Sebab selalu bawak saya pegi makan sedap.
Sebab selalu koyak-koyakkan ayam saya bila makan pakai sudu.
Sebab selalu teman saya makan.
Sebab jadikan saya gemuk camni.

Sebab ada percaya untuk saya.
Sebab biarkan saya bebas teroka hidup sendiri.
Sebab biarkan saya berdikari.
Sebab tak penah manjakan saya.

Sebab lap kan air mata saya.
Sebab pegang tangan saya untuk bagi semangat.
Sebab cakap "terima kasih sebab masih sabar"
Sebab ada dengan saya bila diperlukan.

Dan terima kasih..

Sebab masih di sisi saya sampai sekarang.

Love,
Myra Anne.

Friday, December 9, 2011

Kita tengok Ombak Rindu dengan Maya Karin tau!!

As Salam.

Pada tarikh 8Dec2011 jam 9pm-11.45pm aku telah menghabiskan masa bersama-sama si cantik Maya Karin. aku jumpa dia kat McD Mid Valley. tapi first time date sama-sama kan. aku macam malu sikit. lagipun ramai sangat serbu dia nak tangkap gambar.aku ngan hencik lebah pon malas la nak exposed. hahahhh..

ok tipu aku date dengan dia. tapi tapi tapi...aku memang jumpa dia.semalam aku pegi Mid Valley dengan hencik lebah nak tengok Ombak Rindu.sampai pon dah lewat dalam jam 9pm macam tu. wayang pukul 9.20pm. so sampai je, sementara hencik lebah pegi cari parking, aku pegi amek tiket.

masa tunggu depan GSC tu kitorang ternampak ada couple ni gaduh. laki tu tarik tangan pompuan ni. pompuan ni tolak. merajuk benar pompuan ni gamaknye. aku ngan hencik lebah terpinga2 tengok. pastu kitorang gelak. lantas kitorang segera buat sinopsis kitorang dalam versi tersendiri.

hencik lebah cakap,
"kita tak payah la beli makanan. terus masuk je", lelaki.
"saya nak jugak!", perempuan.

cerita aku pulak.
"saya nak handbag tu jugak!",perempuan.
"haishh!! membazir.tak payah beli!", lelaki <--hencik lebah tolong sambung cerita aku.

jahat gila kan kitorang?? hahahahhh. lepas habis buat sinopsis hencik lebah sibuk nak seludup masuk McD time tengok wayang. dia pon pegi McD sorang2. aku tunggu depan GSC tu je. tetiba dia call.

dia: ayang, Maya Karin ada kat McD. meh datang sini.


aku: haa?? ayang nak tengok dia!!!

lalu aku pon gopoh2 pegi McD. lalu ternampak la ramai orang berkurumun kat pompuan cantik ni. aku pon tetiba debar2. dapat jumpa artis, siot!!! hahahah.. gila jakon. tapi aku jakon sebab dia memang cun okeh.
aku sibuk2 nak dia autograf tapi takde pen. nak snap pic, hencik lebah tak sudi nak tolong snap kan.

lepas tu kitorang pulak bergaduh.

aku: bee, ayang nak tangkap gambar dengan Maya Karin. tolong la snap kan!


dia: ha, pegi laa..malas bee nak layan.


aku: tolong la...cane nak tangkap pic ngan dia camtu.


dia: eh, pegi la sendiri.


aku: haishh!! pape entah. 

dia: ha, ayang!! bee tau nape couple tadi tu gaduh. mesti pompuan tu nak tangkap pic ngan Maya Karin tapi laki tu tak nak tolong snap kan.hahahhh


aku: ooo..macam kita gaduh sekarang la ye bee??


dia: aah...


aku: bongek tol bee ni!!!

hahahaahhh...sengal tak sengal kitorang ni?

So masa Maya Karin lalu depan kitorang nak nasuk wayang aku pon tengok je dengan wajah hampa tak dapat snap pic dengan dia. dia dengan kengkawan dia. Jeslina Hashim pon ada aku tengok. kecik cenonet je orang nye.

Sekali masa nak masuk bahagian koyak2 tiket tu nampak lagi Maya Karin tengah snap2 pic. aku pon apa lagi.sebok mencelah. hahahahhh.. siap bagi isyarat mata paksa hencik lebah snap pic aku. gila bersungguh2 aku ni ha. terpaksa la hencik lebah melayan kehendak hati kekasih yang tak dapat di tahan2.



kitorang duduk kat seat yang sebaris ye. seat huruf F, hall 3. hahahahhh. ok kenangan. cun kan Maya pakai baju kurung. kalau pakai tudung lagi la cantik... hee..

tamat je cerita semua orang tepuk tangan. sweet jek. tapi lampu hall tu tak bukak2 pon. mungkin takut Maya kena serbu lagi. so terpaksa la jalan keluar dalam gelap. haishh..lain kali pasni dah tau la ek. kalau lepas habis wayang lampu tak bukak maknanya  ada artis la tu tengok dengan kita. hahahahh.. sinopsis aku ngan hencik lebah lagi.

ok la. sekian.

p/s: nampak tak sebab tuan tanah lama tak upload pic? sebab dia dah sangat "bahagia". mak aih!! nak kena diet nih. tahun depan nak naik pelamin.
oppss!! pelamin kawan baik saya la. hee..

Anak Kesayanganku.

Aina Zahra.
Anak kesayangan ummi dia.
Baby kesayanganku.

*Ibu aku babysit si Aina ni dari umur dia 8bulan tak silap. now dia dah dua tahun lebih tapi masih pelat tak paham apa dia cakap. hahahh



Monday, December 5, 2011

Monday Blues: Cerita Semalam.

Kita
Bee, bulan tiga ni ayang nak turun Penang. kawan ayang tunang.
heee...best nya!! dia bagitahu ayang tadi dia nak tunang dah.
(dengan nada penuh excited!)

Awak
Hermmm.. pegi laa.
(nada kerek)
Kita
Haishhh!! Nana pon plan nak tunang bulan tiga ni. 
kenapa semua nak pilih bulan tiga eh bee??
(nada tertanya-tanya)

Awak
Ayang, bila pulak nak pergi kursus kawen?
(nada main-main)

Kita
Alaaa... takde siapa nak kawen dengan ayang.
macam mana nak pergi kursus kawen...
(nada mintak penampar simpati)

Awak
Ayang tak nak pegi sudah. bee pegi sorang2.
(nada serius)
Kita
Aikk? orang tunggu dia selama ni.
dia pulak nak pegi sorang2.
(nada merajuk gedik2)
*sebenarnya dalam hati dah start debar2

Awak
hahahaha...nanti bee pegi cari tempat and borang ye?
(nada yakin)

Kita dah senyum2. malu2 ada sikit. gatal2 pon ada sikit.

Kita
Bee,ayang ada suka satu pelamin ni tau.
nanti kita buat camtu nak? bee nak tengok tak gambar dia?
(tak agak2 terus cerita pasal pelamin)

Awak
Eee..tak nak lah! malas layan. hahahaha...
(nada mengusik)

Tamat.

p/s: Syukran, Ya Allah! terbuka sudah pintu hatinya mengambil satu lagi langkah.

Designed by UMIESUEstudio 2014 : MYRA ANNE